X

By Khairi Ishak
Wed, 17-Jul-2019, 06:18

PROTON EXORA 2019. TERBAIK DARI PROTON UNTUK ANDA ?HARGA M...

PROTON EXORA 2019. TERBAIK DARI PROTON UNTUK ANDA ?HARGA MENARIK Exora (2019) facelift ditawarkan dalam dua varian yang kedua-duanya dikuasakan enjin 1.6 Turbo dengan transmisi CVT: Exora Premium 1.6T CVT - RM66,800 Exora Executive 1.6T CVT - RM59,800 ?LUARAN LEBIH SPORTY DAN AGRESIF Penampilan paling ketara dapat dikesan ialah visual belakang, mengambil konsep sama seperti Iriz facelift, iaitu panel atas pintu but hitam dengan lencana 'TURBO' dan 'EXORA' di penjuru kiri dan kanan, yang asalnya diperkenalkan pada edisi facelift 2017. Lampu belakang meminjam rekaan asal daripada model CFE, iaitu jenis jernih. Rupa depan kini lebih sporty dan agresif tanpa kemasan krom apabila bahagian gril digelapkan sepenuhnya. Bampar depan juga sama, cuma diberikan kemasan hitam pada difuser tepi bawah, termasuk skirt. Antena konvensional digantikan dengan antena sirip yu. ?DALAMAN TAMPAK PREMIUM Rekaan dalam Exora (2019) facelift kini lebih premium dengan rekaan stereng baharu dan kemasan perak pada konsol tengah yang memuatkan unit infotainment, termasuk konsol gear. Set upholsteri diperbaharui dengan kemasan semi-kulit bertekstur corak silang pada kerusi dan panel pintu, manakala kluster meter menampilkan fon lebih kemas warna putih. Tiada perubahan dimensi atau susunan konfigurasi kerusi dibuat. ?WARNA BAHARU EKSKLUSIF Exora (2019) Facelift memperkenalkan warna baharu, Rosewood Maroon (merah hati), sama seperti model Persona (2019) ?ADA CIRI ARAHAN SUARA 'HI PROTON' Ini ialah ciri paling baharu yang tiada pada model terdahulu. Exora (2019) facelift dilengkapkan dengan ciri infotainment 'Hi Proton' yang membolehkan pengguna melakukan strim muzik dan navigasi secara atas talian, menikmati sambungan 4G dan melayari Internet dengan fungsi WiFi hanya dengan arahan suara. ? ENJIN, DIMENSI DAN CIRI KEKAL SAMA Exora (2019) facelift masih mengekalkan trenkuasa sama, 1.6 Turbo berkuasa 138hp dan tork 205Nm. Begitu juga dimensi luaran dan dalaman, masih sama. Bagi versi facelift, rasanya tidak banyak perlu diubah untuk Exora kerana model ini sememangnya antara MPV yang menawarkan ruang terbaik dalam kelas. Exora (2019) facelift menawarkan kapasiti 7 kerusi yang mampu memuatkan 7 dewasa, penyaman udara setiap baris tempat duduk, dan ciri pengendalian terbaik. ?PAKEJ WARANTI Proton menawarkan dua pakej menarik kepada pembeli Exora (2019) facelift, iaitu: Pakej Servis - Caj buruh percuma sebanyak tiga kali Pakej Data - Internet percuma selama 5 tahun dengan kuota data 1GB sebulan. Menariknya, bagi pendaftaran sepanjang 2019, Proton menawarkan caj buruh percuma selama 5 tahun, tertakluk terma dan syarat.

View more on Facebook

This site was designed with Websites.co.in - Website Builder

WhatsApp Google Map

Safety and Abuse Reporting

Thanks for being awesome!

We appreciate you contacting us. Our support will get back in touch with you soon!

Have a great day!

Are you sure you want to report abuse against this website?

Please note that your query will be processed only if we find it relevant. Rest all requests will be ignored. If you need help with the website, please login to your dashboard and connect to support